Followers

Sunday, January 9, 2011

KETERLALUAN....

Assalamualaikum....

Saya mulakan penulisan saya dengan kemaafan. Sedih, terkejut serta terkilan menyelubungi saya ketika mahu menulis.

Kenapa? Perlukah kita sehingga membakar poster gambar Yb Suhaimi Shafie Adun Sri Muda dalam langkah untuk kita menunjukkan rasa tidak puashati atas isu yang berlaku.

Rakan-rakan sekalian, diluar sana begitu ramai pengundi bukan sahaja yang muda malahan atas pagar yang sedang memerhati tingkahlaku kita.

Disaat mereka saya kira hampir bersama UMNO BN kita telah tunjukkan satu sikap yang bertentangan dengan akhlak dan adab yang telah dituntut dalam agama.

Nampaknya keghairahan kita untuk terus mengasak Pakatan Rakyat telah menjadikan kita melibatkan emosi dalam tindakan kita.

Barang diingat, seorang pemimpin bukanlah seorang yang hebat sekiranya masih gagal untuk menunjukkan sikap dan sifat yang baik pada pengikut dan masyarakat sekeliling.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Tindakan telah pun dilakukan apa lagi boleh dikatakan. Jadikanlah peristiwa ini sebagai satu pengajaran dan teladan pada kita semua. Bertindaklah dengan menggunakan akal fikiran yang telah Allah SWT berikan.

Sebelum Kewafatan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW beliau telah menyatakan " Aku tinggalkan pada umatku dua perkara, yang mana jika Umatku berpegang padanya maka tidak akan sesat selamanya, Pertama Al-quran dan Kedua Sunnah (Hadis)"

Untuk akhirnya saya amat berharap agar perbuatan, perlakuan serta tindakan seperti ini tidak akan berlaku lagi. Sekali lagi saya pohon kemaafan jika ini menyinggung mereka yang terlibat. Ia tidak lebih hanyalah pandangan yang ikhlas dan jujur dati hati saya.


Anuar B. Basiran
09.01.11

1 comment:

  1. Ikut rasa binasa... Ikut hati mati... Jd berfikir sblum brtindak...

    ReplyDelete