Followers

Friday, January 14, 2011

Pendedahan Ummi: Jika Fitnah, Anwar & Azmin Perlu Saman Ummi


Kuala Lumpur, 14 Jan - Selepas 13 tahun menyepi, akhirnya Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tampil untuk menegakkan kebenaran. Yang pasti, pengakuan dan pendedahan Ummi Hafilda semalam di Subang Jaya, pastinya memberikan tamparan hebat kepada Azmin Ali selain Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Annuar Basiran berkata, beliau amat terkejut dengan pendedahan Umi tentang kebenaran dan kesahihan hubungan intim Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.
“Saya agak terkejut kerana kali ini Umi tampil membuat pendedahan yang cukup memberikan tamparan selain akan membuat tindakan menyaman semua individu yang terlibat dalam kes 1997 yang lalu. Dengan menyebut beberapa nama seperti Karpal Singh dan Mat Sabu, saya beranggapan kebenaran pasti akan bersama Ummi Hafilda kali ini.
Bukan niat saya untuk menyebelahi mana-mana pihak, tetapi sekiranya Ummi Hafilda bersalah, saya kira inilah masa untuk pakar-pakar saman ini untuk membuat tindakan dengan melakukan saman terhadap Ummi Hafilda,” ujarnya mengulas pendedahan skandal seks Anwar-Shamsidar semalam.
Tambahnya, bukan setakat saman berjumlah RM700juta, malahan Ummi juga bersedia dan mencabar Anwar serta abangnya, Azmin untuk berdebat secara terbuka mengenai isu tersebut. Isu hubungan intim Anwar dan Shamsidar, satu isu yang cukup memberikan impak besar kepada senario politik negara, oleh itu Anwar dan Azmin wajar menyahut cabaran Ummi bagi memperjuangankan kebenaran yang sebenar.
Sehingga kini, jalan cerita ini hampir sama dengan kes tahun 1997. Cuma kelainannya apabila Ummi mendedahkan bagaimana Karpal Singh orang yang menerima ceritanya dulu, kini telah memihak kepada Anwar Ibrahim.
Begitu juga dengan Mat Sabu, orang yang bertanggungjawab mengelar Anwar Al-Juburi adalah orang yang bertanggungjawab dihantar oleh Pas untuk mengetahui aktiviti sonsang Anwar ini satu ketika dulu, kini beliaulah orang yang beria-ia mempertahankan Anwar Ibrahim.
”Saya amat berharap dengan pendedahan berani dan penuh bertanggungjawab ini, kebenaran akan dapat ditegakkan dan mana-mana individu yang boleh disabitkan untuk didakwa akan diadili di mahkamah.
Saya juga mendesak agar peguam, Karpal Singh digugurkan sebagai peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya bersama Saiful Bukhari. Karpal juga hendaknya dijadikan saksi bagi pendakwaan tersebut kerana beliau sendiri telah mengakui bahawa beliau ada bercakap dalam Parlimen, mendakwa Anwar Ibrahim sebagai peliwat pada tahun 1997,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau amat berharap agar pendedahan ini juga, rakyat akan dapat menilai sejauhmana ketelusan, keikhlasan dan kejujuran serta akhlak pemimpin pakatan pembangkang yang kononnya satu pakatan rakyat, seterusnya menolak kumpulan perosak rakyat ini dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
”Kumpulan perosak rakyat ini diibaratkan ’paku dulang, paku serpih mengata orang pakatan rakyat inilah yang lebih’. Jika dulu Anwar kata ’Lawan Tetap Lawan’, saya kira laungan itu akan tinggal kenangan kerana perjuangan Anwar atau slogan mereka kini ’Tanguh Tetap Tangguh’ didahulukan,” ujarnya lagi.

TERIMA KASIH:
http://www.sahabat-gunung.com/

No comments:

Post a Comment