Followers

Monday, January 10, 2011

e-Kasih...Benarkah Bermasalah...

Assalamualaikum...

Sesi persekolahan 2011 baru sahaja bermula. Nampaknya ada yang tidak kena dengan sistem e-Kasih yang berperanan untuk memilih murid miskin yang layak mendapat bantuan di bawah skim Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah ( RMTS ).

Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas diatas kesungguhan Saudara Jamawi Jaafar Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang telah membuat gesaan pada Kementerian Pelajaran Agar Sistem Data e-Kasih ini ditangguhkan perlaksanaannya sehingga sistem ini benar-benar dapat berfungsi dengan baik.

Pada saya cukup mudah. Apalah ertinya sistem e-Kasih ini digunapakai sekiranya sistem lama Iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM) lebih berkesan dan baik dari sudut perlaksanaannya.

Saya sendiri merasai dan melahirkan kebimbangan kerana pada sesi awal persekolahan ini telah kedengaran rungutan dari pihak PIBG dan Pentadbir serta Pembekal Makanan di Sekolah kerana masalah yang dihadapi apabila sistem e-Kasih ini digunakan.

Apa masalahnya?

Pada Persatuan Ibu-Bapa Guru masalah akan timbul bila bertambah bilangan ibu-bapa yang gagal melunaskan bayaran yuran persekolahan kerana menyangka bahawa mereka layak untuk mendapatkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Pada Pentadbir pula masalah muncul apabila ibu-bapa pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini datang bertanyakan kenapa mereka tidak layak? Sedangkan melalui sistem e-Kasih kita difahamkan permohonan perlu dilakukan oleh ibu-bapa sendiri melalui website yang telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Juga timbul masalah sebilangan ibu-bapa yang masih gagal menguasai penggunaan teknologi maklumat.

Pada Pembekal Makanan pula masalah timbul apabila bilangan makanan yang perlu disediakan bagi penerima Skim Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) adalah sedikit dan tidak berbaloi untuk disediakan.

Saya berharap, masalah ini dapat diselesaikan dengan seberapa kadar segera oleh Kementerian Pelajaran dan Mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Ini selaras dengan slogan " Dahulukan Rakyat " di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.

Anuar Basiran
10.01.2011

1 comment: