Followers

Friday, December 31, 2010

SELAMAT DATANG 2011...SELAMAT TINGGAL 2010...







 Salam SeDunia...

Tepat Jam 12.00PM Malam Ini Berakhirlah Sudah Tahun 2010.

Terima Kasih Padamu Ya Allah Kerana Telah Memberikan 2010 Sebagai Tahun Kebangkitan Semula Bagi UMNO BN.

Saya Yakin Dengan Usaha Dan Kesungguhan Semua Kepimpinan Selepas Ini UMNO BN Akan Terus Berjaya Di Masa Akan Datang Untuk Mengekalkan Kuasa Pemerintahan DiBumi Bertuah Malaysia Ini.

Terima kasih Pada Semua Rakan-Rakan Seperjuangan Yang Telah Menghiasi Seluruh Kehidupan Saya Dalam Usaha Untuk Merakyatkan UMNO BN.

Slogan " Rakyat DiDahulukan Pencapaian Diutamakan" dan " 1 Malaysia" Akan Terus Menjadi Keutamaan Dalam Misi Dan Visi Untuk Merakyatkan UMNO BN.

Harapan Saya Di Tahun 2011, UMNO BN Akan Terus Berjaya Dalam Usaha Untuk Mendampingi Serta Meyakinkan Rakyat Agar Dalam Pilihanraya Umum Ke 13 Nanti Kejayaan Besar Akan Bersama Kita Semua.

Mari Kita Sama-Sama Berdoa Agar Kita Semua Diberi Kekuatan, Ketabahan, Kesabaran, Kesihatan Serta Keyakinan Dan Lebih Banyak Kejayaan Untuk Hari-Hari Mendatang.

Salam Perjuangan Dari Saya Buat Semua...


Anuar Basiran
31.12.2010

Wednesday, December 22, 2010

Gempar!!!Demonstrasi 1 Malaysia!!!




Salam SeDunia...

Saya baru menerima pesanan sms dari seorang rakan.

Bantahan Larangan Penggunaan Logo 1 Malaysia oleh Kerajaan Negeri Selangor di Seluruh Selangor.

Pada: 22hb Disember (Rabu)...
Masa:10 pagi
Lokasi: No-A-G-11 Jln Sultan Abd Samad 42700 banting. Sebelah Public Bank Banting. Premis 1-Eleven

Sama-sama Kita Nantikan Benarkah Maklumat Ini.

Monday, December 20, 2010

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT....


YB bersama-sama perserta konvoi




 Antara perserta konvoi yang kami sempat rakamkan


Yb dan perserta bermotor berkuasa tinggi



Antara aktiviti yang di jalan kan (futsal)



Yb, penulis dan angota PDRM yg terlibat



Salam SeDunia...

Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat dalam penyertaan konvoi bermotorsikal Pemuda Dan Puteri UMNO Dun Tanjung Sepat yang telah berlangsung pada 18hb dan 19hb Disember yang lalu.

Terima kasih juga pada Pihak PDRM dan Marshall dari Jugra Bikers.

Tidak lupa pada para wartawan yang telah hadir bersama bagi memeriahkan program.

Bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah menganugerahkan kami seorang Pemimpin yang hebat tidak lain dan tidak bukan YB DATO' DR HJ KARIM B. MANSOR ( Adun Tg sepat N:54 )

Beliau telah bersama sedari awal program dengan turut serta bermotorsikal bersama pengundi muda di Dun Tg. Sepat.

Mungkin inilah aktiviti yang dirindui oleh golongan muda hari ini.

Sepanjang Program berjalan yang dipenuhi dengan aktiviti yang menarik saya melihat dan memerhati bagaimana seorang Pemimpin yang berusia 50 Tahun ini mendekati golongan muda.

Kepada YB Dato' Dr. Hj Karim B. Mansor, Anda seorang Pemimpin yang Hebat. Kami semua akan mendoakan agar YB diberi kesihatan, kekuatan dan ketabahan dalam usaha untuk memenangkan UMNO BN dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Keikhlasan jelas terpancar dari raut wajah Pemimpin berjiwa rakyat ini bagi menyahut seruan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.

Slogan " Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan" memang telah terbukti dizahirkan oleh Pemimpin Kami YB Dato' Dr. Hj. Karim B. Mansor.

Alhamdulillah, pada 24hb-26hb Disember ini pula, misi untuk mencari barisan pelapis pemimpin akan diteruskan dengan Kursus Pengucapan Awam yang akan dijalankan di Kem An-Nur Jenderam Hulu, Sepang Selangor.

Insyaallah, dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini, saya lihat Pemuda Dan Puteri UMNO Dun Tanjung Sepat telah bersedia untuk terus MARA Ke HADAPAN dan Bersedia Untuk BERJUANG HABIS-HABISAN Demi Kemenangan UMNO BN.



Anuar B. Basiran
20.12.2010

TERKINI: UNTUK PEMINJAM PTPTN....



Salam SeDunia...

Makluman Untuk Peminjam PTPTN,
Sila Lawati Laman Web PTPTN Untuk membuat permohonan penukaran kadar faedah pinjaman PTPTN dari 3 peratus kepada Pembiayaan UJRAH 1 peratus.

Tempoh untuk permohonan akan berakhir pada 28hb Februari 2011.

Mohon pada semua rakan-rakan pembaca untuk hebahkan pada mereka yang berkenaan.

Semoga dengan usaha Kerajaan Ini Dapat mengurangkan beban tanggungan pada semua.

Terima kasih diucapkan pada Kerajaan Kebajikan Barisan Nasional atas usaha ini.

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional bukan sekadar bercakap ia adalah Kerajaan Prihatin. Malahan membuktikan dengan tindakan.

Tahniah dan syabas...

Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiUtamakan.

http://www.ptptn.gov.my/

Anuar B. Basiran
20.12.2010


Saturday, December 18, 2010

Konvoi Bermotor Kempen Keamanan Cegah Jenayah




Salam SeDunia

Esok Sabtu 17 disember konvoi bermotor dengan membawa kempen keamanan cegah jenayah
oleh 4justice anjuran Pemuda Dun Tanjung Sepat. Dan akan dirasmikan bersempena program
Polis Daerah Kuala Langat. Perasmian akan dilakukan oleh Yb Dato Dr Hj Karim bin Hj Mansor dan 
Tuan Nordin Bin Manan, Ketua Polis Daerah Kuala Langat. 

Kira-kira lebih 400 Pemuda UMNO Dun Tanjung Sepat akan menyertai konvoi ini. Dan turut serta 
bermotor bersama kami, Yb Dato Hj Karim Bin Hj MansorAdun Tanjung Sepat
dan saudara Anuar Bin Hj Basiran, Pengerusi 4justice. Konvoi akan menuju ke Port Dickson.
Perjalanan sejauh 80km akan di iringi oleh Pasukan Traffic PDRM dan Jugra Bikers...

Anuar B.Basiran
18.12.2010


Thursday, December 16, 2010

Aksi Zoo Negara Di Parlimen....




Salam SeDunia...

Hari ini sejarah tercipta dalam negara apabila dalam tempoh satu hari 4 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah di gantung selama 6 Bulan.

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang hukuman atau tindakan yang telah dikenakan kepada mereka semua.

Saya juga tidak mahu ketinggalan untuk menulis sejarah ini buat semua rakan pembaca.

Teringat kembali pantun orang lama
" Kalau Hendak Mencari Tempat Mandi,
Pertama Biarlah Pantai, Kedua Biarlah Telok,
Kalau Mahu Cari Pemimpin,
Pertama Biarlah Pandai, Kedua Biarlah Elok"

Mungkin jika dilihat dari sudut pandai, mereka dikalangan Pakatan Rakyat dikhabarkan punya ramai pilihan.
Malahan ada juga yang mengatakan Pemimpin mereka adalah " Anugerah Tuhan"

Tetapi bila dilihat dari sudut elok, nampaknya ada banyak kekurangan. Ini sekadar pandangan saya. Entah mimpi apa mereka semalam hari ini kalangan Wakli Rakyat inilah yang berbondong-bondong membawa manilakat dan sebagainya ke dalam Dewan Yang Mulia.

Melihat perlakuan mereka ini tidak ubah seperti sekumpulan manusia yang kurang adab dan akhlaknya.

Sedikit renungan untuk kita semua sebagai Rakyat yang akan memilih Pemimpin semula dimasa akan datang. Harapan saya pada semua agar kita semua tidak akan tersalah pilih lagi Pemimpin kita dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Jadikanlah apa yang berlaku hari ini sebagai satu pengajaran buat kita semua. Mudah-mudahan mereka ini akan sedar apa yang mereka telah lakukan.


Anuar B. Basiran
16.12.2010

Tahniah Buat Pimpinan Pakatan Rakyat...





Salam SeDunia...

Akhirnya Dewan Rakyat Telah Meluluskan usul Untuk Menggantung 4 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selama 6 bulan.

Diketuai oleh Dato' Seri Anwar (Pkr- Permatang Pauh) serta Ahli Parlimen R. Sivarasa (PKR-Subang), Azmin Ali (gambar) (PKR-Gombak) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berhubung kesalahan menghina Dewan Rakyat dengan mendedahkan prosiding Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mendengar kes Anwar-APCO

Tiada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berada di Dewan ketika keputusan diumumkan.

Siapa Bakal Ketua Pembangkang????

Gempar...Lagi Demonstrasi...








Salam SeDunia....

Ini berita yang baru diterima...

"Demonstrasi Aman Mansuhkan Tol NPE PJS 2", anj 4B, 16 Dec, 4ptg di Pejabat UMNO PJS. Penyerahan Memorandum kepada wakil NPE. Dijemput beramai-ramai...

Jika ada kebenarannya...mudah-mudahan usaha ini akan membawa hasil yang baik untuk rakyat....



Anuar B. Basiran
16.12.2010

Terkini Kes Pembunuhan Kejam Jutawan Kosmetik.....





Salam SeDunia....

Berita terkini dari Mahkamah Telok Datok...



Mahkamah Majistret Telok Datok sebentar tadi menetapkan sebutan semula kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain pada 27 Januari depan


Al-Fatihah Buat 4 Arwah....


Anuar B. Basiran
16.12.2010

Wednesday, December 15, 2010

Terkini...K.Patmanabhan Suspek Pembunuh Jutawan Datuk Soosilawati Dan 3 Rakannya akan Dibicarakan...


Salam SeDunia...
Akhirnya...Peguam K.Patmanabhan yang merupakan suspek utama Pembunuhan Kejam Jutawan Kosmetik Datuk Soosilawati dan 3 Rakannya akan dibicarakan esok pagi 16.12.2010 di Perkarangan Mahkamah Telok Datok Banting.

Menurut sumber suspek akan dibicarakan seawal jam 9am.

Sama-sama kita semua Rakyat Negara ini berdoa agar keadilan akan dapat ditegakkan.

Al-Fatihah...Buat Keluarga Keempat-empat Mangsa Pembunuhan Kejam ini.


Anuar B. Basiran
15.12.2010

Akhirnya...Zaid Presiden Parti...


Salam SeDunia...

Saya pasti ini bukanlah satu berita yang memeranjatkan seluruh rakyat.

Tahniah dan syabas saya ucapkan pada Dato Zaid Ibrahim. Seorang bekas Ahli UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, kemudian pernah menjawat sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang akhirnya keluar Parti UMNO untuk berjuang demi keadilan dan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum mengalah sebelum tamat pertandingan.

Kini, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) ditukar nama kepada Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan seterusnya mengistiharkan Dato Zaid Ibrahim sebagai PRESIDEN Partinya.

Harapan saya agar selepas ini Dato Zaid tidak akan keluar parti lagi selepas impiannya untuk menjadi PRESIDEN PARTI tercapai....



Anuar B. Basiran
15.12.2010

Tuesday, December 14, 2010

Selagi Boleh Berhutang....



Salam SeDunia...

Seramai 87,583 orang telah diistiharkan bankrap sehingga Oktober 2010. Kebanyakan mereka ini gagal membayar hutang kredit kad yang dikatakan mengenakan faedah antara 12% hingga 18% setahun.

Nasihat dari saya buat semua, berbelanjalah mengikut kemampuan, bukan mengikut kehendak dan nafsu sendiri.

Kita tidak mahu mendengar kesusahan yang dicari sendiri tetapi Kerajaan juga yang akan dipersalahkan. Belajar dan amal bersederhana dalam kehidupan.

Kepada golongan muda, janganlah terlalu ghairah untuk menggunakan kemudahan ini yang akan memusnahkan kehidupan dimasa akan datang.

Kepada Pihak Kerajaan, kadar faedah untuk penggunaan Kad Kredit perlu dikaji semula. Kadar sehingga 18% setahun saya lihat terlalu tinggi dan membebankan Rakyat.

Kepada Pihak Bank pula, berilah kelulusan Kad Kredit kepada mereka yang benar-benar layak dan benar mampu untuk bayar semula pinjaman tersebut. Janganlah kerana terlalu memikirkan keuntungan sehingga menyebabkan lebih ramai lagi akan diistiharkan BANKRAP.....


Anuar B. Basiran
14.12.2010

Pemimpin....Dipimpin...Memimpin...Terpimpin...

Salam SeDunia...

Hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang soal kepimpinan. Dimana sahaja sekarang sedang bercakap soal bilakah Tarikh Keramat Sebenar Pilihanraya Umum yang Ke 13.

Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas pada para Pemimpin yang benar-benar bekerja untuk memperkasa Parti dan seterusnya Memenangkan Parti.

Malangnya sehingga detik saya menulis ramai juga kalangan mereka yang masih lena dibuai mimpi indah dan hanya menanam cita-cita tanpa sebarang usaha untuk mendekatkan diri pada Rakyat yang bakal mengundi mereka nanti.

Agak terkilan juga cakap-cakap soal Pemilihan Parti juga masih kedengaran dikalangan Mereka yang GILA KUASA. Buat mereka semua ini saya doakan agar cepat-cepat sedar akan perlakuan mereka. Baru sahaja YAB Presiden Parti Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Parti akan ditangguhkan selama 18 bulan.

Pada pandangan saya, inilah masa yang amat baik untuk para pemimpin terus bekerja kuat untuk memperkasa dan memenangkan Parti pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Dalam Surah As-Saff ayat 2 dan 3 Allah SWT telah berfirman yang maksudnya :
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?".
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".

Semoga dengan sedikit renungan diatas kita semua akan menginsafi perbuatan kita selama ini.


Anuar B. Basiran
14.12.2010

Monday, December 13, 2010

Kerajaan Selangor Beramanah, Adil, Bersih & Berkebajikan?

Salam seDunia...


Petang tadi saya terpanggil untuk menyertai satu serahan Laporan Penyelewengan yang telah dilakukan oleh Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS). Rombongan yang diketuai oleh En. Hamidzun B. Khairuddin.


Saya tidak mahu mengulas tentang perkara yang terkandung dalam laporan SPRM tersebut. Apa yang bermain di minda saya adalah janji manifesto Pilihanraya Umum ke 12 yang telah dilaungkan oleh Pakatan Rakyat.
Slogan Negara Kebajikan yang sering dilafazkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat semakin hari semakin tidak relevan. Saya ingin membawa kepada para pembaca untuk sendiri mengimbau kembali Janji Manifesto ini dan akhirnya saya pulangkan kembali kepada para pembaca untuk menilai sejauhmana janji manifesto ini telah dikhianati.


Anuar B. Basiran
13.12.2010

Friday, December 10, 2010

Assalamualaikum Dunia..

salam seDunia..

Saya masih baru di dalam bidang penulisan..namun atas dorongan sahabat-sahabat, saya terpanggil untuk membuka blog ini bagi meluahkan pendapat saya untuk tatapan pembaca seDunia..saya cuba berbicara menggunakan kata yang biasa bagi semua.. tiada frasa-frasa bahasa puitis mahupun bahasa pujangga..niat saya hanya satu.. agar segala yang diluahkan disini dapat menjadi butiran yang amat berguna pada sesiapa jua yang membacanya.. insyAllah

Anuar Basiran