Followers

Saturday, February 12, 2011

Al-Fatihah... Datuk Zaharudin Abu Kassim, Adun Kerdau Pahang Kembali Ke Rahmatullah...

Assalamualaikum...

ALFATIHAH-Adun BN Kerdau dalam bahagian Kuala Krau Pahang, Datuk Zaharudin Abu Kassim telah meninggal dunia.

Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang dijanjikan syurga Allah SWT.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 5, 2011

Misi Selamatkan Pelajar Dan Rakyat Malaysia Di Mesir...

Assalamualaikum...

Bersama ini adalah gambar-gambar yang berjaya diambil oleh sukarelawan yang bertugas dalam misi tersebut.

Sama-sama kita doakan semua yang terlibat akan sentiasa dalam keadaan selamat.
Maaf Jika Ada Gambar Yang Tidak Sempurna Susunannya....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 3, 2011

Al-fatihah...

Assalamualaikum....

Al-fatihah...

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ajib Ahmad, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara kira-kira 3.25 petang ini akibat sakit jantung.

Abdul Ajib, 64, menjadi Menteri Besar Johor mulai 1982 hingga 1986

Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang dijanjikan Syurga Allah SWT...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ADUN Seri Muda ditahan di bawah Akta Hasutan

Assalamualaikum...

SHAH ALAM 3 Feb. - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini, ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berikutan tulisannya di laman blog; srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

Wakil rakyat PKR itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Beliau dibebaskan 10 minit kemudian dengan jaminan polis beserta seorang penjamin.

Shuhaimi perlu hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi Isnin ini untuk didakwa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob mengesahkan penahanan dan pembebasan Shuhaimi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 1, 2011

Lagi Kisah Adik Hairuman Bin Miskon.....

Assalamualaikum....

Saya hanya memanjangkan sahaja apa yang telah diusahakan oleh sahabat-sahabat kita.

J/Kuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia menerusi SEKRETARIAT ADUAN BELIA-MBM telah mengaturkan temubual mengenai perkembangan dan perancangan masa depan mangsa renjatan kabel elektrik voltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon.

Untuk itu, rancangan TALIAN HAYAT-NTV7 yang dikendalikan oleh pengacara terkenal Wan Kamaruddin Wan Ibrahim diberi peluang menemubual mereka di bawah:

1.YB Dato Ahmad Shabery bin Cheek – Menteri Belia dan Sukan Malaysia

2.YBhg Saudara Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)

3.Puan Maryuni Miskon – kakak Muhamad Hairuman

4.Dr. Normala Haji Basiron – Pakar Perunding Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, HKL

5.Dr. Mohammad Ali Mat Zain – Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, HKL

6.Dr. Jagjeet Singh – Pegawai Perubatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, HKL

7.Dr. Asyikin – Pakar Bedah Otopedik, HKL

8.En. Zulhan Ambi – Pegawai Kerja Sosial, HKL

9.Puan Noormah Sani – Pegawai Kerjasa Sosial, HKL

Temubual telah di adakan pada Selasa, 1 Februari 2011 dari jam 2 hingga 5 petang bertempat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sekretariat Aduan Belia-MBM telah mendapat kerjasama yang cukup baik dari Public Relations Unit, Director Office HKL untuk tujuan berkaitan.

Rancangan TALIAN HAYAT-NTV7 akan disiarkan pada Jumaat, 11 Februari 2011 jam 7.30 malam.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan sumbangan berbentuk kewangan, anda boleh menyalurkan ke akaun kakak mangsa seperti butiran dibawah:

(1) MUHAMAD HAIRUMAN MISKON
CIMB: 12570005386520

(2) MARYUNI BINTI MISKON
Maybank: 162030632448
CIMB: 12570000203529

Yang menjalankan tugas,
Mohammad Rizan bin Hassan
Setiausaha
Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM)
Majlis Belia Malaysia (MBM)
Tel:
+60122853630 /
+60137733676FB:
www.facebook.com/mdrizanhassanFB 1B1K:
http://www.facebook.com/pages/1Belia-1Kemahiran/140946845950665?ref=tsFB JKMRM:
http://www.facebook.com/group.php?gid=278321043532FB Aduan Belia:
http://www.facebook.com/group.php?gid=302324266537FB HBN:
http://www.facebook.com/haribelianegara2011

Mudah-mudahan sumbangan semua rakan-rakan akan dapat memberi harapan baru buat Adik Muhamad Hairuman Bin Miskon dan Ahli Keluarganya. Sekiranya tidak dengan wang ringgit cukuplah saya mohon untuk semua para pembaca agar dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan adik Hairuman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 31, 2011

Mohon Doa Buat Semua Pelajar Dan Rakyat Malaysia Yang Berada Di Mesir....

Assalamualaikum...

Saya Memohon Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Agar Sama-sama Kita Berdoa Agar Keselamatan Pelajar-pelajar dan Rakyat Malaysia Yang Berada Di Mesir Sentiasa Terpelihara.

Diharapkan Juga Kerajaan Di Bawah Kementerian Yang Bertanggungjawab Atas Perkara Ini Dapat Melakukan Sesuatu Yang Terbaik Untuk Mereka Semua.

Sekali Lagi Sama-sama Kita Doakan Keselamatan Mereka Semua Yang Berada Di Bumi Mesir Insyaallah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 26, 2011

Hairuman Miskon Semakin Pulih....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang lagi buat kita menikmati kehidupan ini.

Tengahari ini saya berkesempatan untuk menziarahi Saudara Hairuman Miskon, mangsa renjatan elektrik dengan voltan tinggi. Pelbagai perasaan telah timbul dihati saya apabila dengan sendiri menyaksikan bagaimana ketabahan bukan sahaja Saudara Hairuman, malahan seluruh ahli keluarga terutama kakak beliau Maryuni Miskon serta rakan-rakan Hairuman.

Hari ini genap 2 bulan beliau terlantar di hospital. Dan keadaannya semakin pulih. Mungkin dalam masa terdekat beliau akan kehilangan kaki kirinya selepas kehilangan kedua tangannya.

Sempat juga memberi sedikit kata-kata semangat buat ahli keluarga dan rakan-rakan Hairuman.

Pelbagai lapisan golongan masyarakat difahamkan turut bersimpati dengan nasib yang telah menimpa beliau. Menunjukkan betapa masyarakat Malaysia telah dididik dengan perasaan kasih mengasihi antara sesama kita semua.

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan pada saudara Hairuman bolehlah berbuat demikian melalui maklumat berikut:
Nama : Mohamad Hairuman MiskonNo. Akaun:Muhamad Hairuman: 12570005386520 (CIMB.)
Maryuni (kakak): 12570000203529 (CIMB.)

Mudah-mudahan Allah gantikan setiap sumbangan rakan pembaca semua dengan nikmat yang lain. Kalau pun tidak dalam bentuk wang ringgit, marilah sama-sama kita doakan agar Saudara Hairuman akan dapat segera pulih dan menjalani kehidupannya semula. Amin....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.