Followers

Saturday, January 8, 2011

Gempar!!!Kerajaan Negeri Selangor Guna Pihak Berkuasa Tempatan Untuk Kempen TandaTangan Selamatkan Air Di Selangor...



Assalamualaikum....

Nampaknya Kerajaan Negeri Selangor Masih Tidak Habis-Habis Ingin Menimbulkan Isu Air Di Selangor.

Mereka Menggunakan Pihak Berkuasa Tempatan Untuk Menggerakkan Kempen Tandatangan Di Pasar-Pasar Malam Pula Kini.

Saya Yakin Percaya Dalam Hal Ini Pihak Kerajaan Negeri Sebenarnya Tahu Bahawa Mereka Sudah Tidak Mampu Untuk Menanggung Subsidi Pemberian Air Percuma Di Selangor.

Itu belum Lagi Tuntutan Bagi Pengguna Meter Pukal Yang Masih Lagi Tidak Pernah Menikmati Pemberian Air Percuma Pada Mereka.

Oleh Itu Mereka Sedaya Upaya Cuba Untuk Menjadikan Kelemahan Mereka Sebagai Satu Kesalahan Pada Kerajaan Barisan Nasional.

Saya Yakin Janji Ini Hanya Tinggal Janji. Bahkan Saya Turut Yakin Jika Kerajaan Negeri Gagal Untuk Membeli Syabas Maka Pemberian Air Percuma Sebanyak 20 m3 Sebulan Pasti Akan Tamat.

Cukuplah Sandiwara Ini Terhenti DiSini.
Saya Yakin Rakyat Kini Semakin Matang Dalam Hal Ini. Kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, Saya Berharap Agar Cukup-cukuplah kerja-kerja Penipuan Pada Rakyat Ini. Daripada Banyak Manifesto Pilihanraya Yang Telah DiTawarkan Pada Rakyat Negeri Ini Satu Pun Gagal Diterjemahkan Dengan Jayanya Melainkan Kegagalan demi Kegagalan yg telah dicipta.

Kepada Rakyat Negeri Selangor. " KATAKAN TIDAK" dan Kembalikan Kerajaan Ini Pada Kerajaan UMNO Barisan Nasional Pada Pilihanraya Umum Ke 13 Nanti. Insyaallah Saya Akan Terus Menulis Tentang Kepincangan Bahkan Mengenai Isu Air Ini Dengan Lebih Terperinci Dalam Sedikit Waktu Nanti.

"Sayangi UMNO, Yakini BN"

Anuar Basiran
08.01.2011

Thursday, January 6, 2011

Tunaikan Janji Pilihanraya Sebelum Ajak Rakyat Tentang Perlantikan SUK Selangor



Pertubuhan 4 Justice melihat isu perlantikan SUK Selangor ini sebagai satu cara bagi Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor membuktikan pada rakyat bahawa walaupun mereka tahu mereka tiada hak dalam perkara ini namun mereka tetap mahu mengheret sama rakyat untuk bersama menentang keputusan yang telah diistiharkan oleh Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara.
Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berpendapat bahawa kerajaan negeri dengan sengaja secara terus-menerus mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat dengan hasutan-hasutan yang bersifat dangkal.
“Ini semua untuk membuktikan bahawa mereka cuba memberikan keadilan pada pakatan rakyat yang kononnya telah dinafikan hak mereka.
Tetapi mereka juga lupa, mereka jugalah pakatan yang gagal menunaikan janji-janji manis mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka, bukan sahaja di Selangor malah negeri-negeri yang sudah di bawah pentadbiran mereka semenjak pilihan raya umu ke 12 yang lalu,” ujarnya mengulas kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Tambahnya, selepas 30 bulan memerintah beberapa buah negeri khususnya Selangor, banyak janji-janji mereka bukan sahaja gagal dilaksanakan, malah mereka juga boleh menjanjikan janji-janji manis yang baru demi mendapatkan semula sokongan rakyat yang semakin pudar kepada pakatan songsang ini.
“Sebagai contoh di Selangor, masalah tentang pemberian air pada mereka yang menggunakan meter pukal masih gagal dilakukan. Mereka gagal untuk memberi bantuan 20m3 air percuma kepada pengguna meter pukal.
Sehubungan dengan itu, Pertubuhan 4 Justice ingin mengajak rakyat Selangor, kini tiba masanya ‘Rakyat Bangkit’ kembali untuk menolak kerajaan dengan janji-janji palsu mereka, sekaligus membuktikan bahawa Rakyat Selangor sudah bosan dengan karenah pemimpin-pemimpin kerajaan hipokrit ini serta menyingkirkan mereka pada PRU13 kelak demi sebuah kerajaan yang benar-benar prihatin dan memahami aspirasi rakyat yang sebenar,” ujarnya lagi.

TERIMA KASIH KEPADA:

Monday, January 3, 2011

Lagi Laporan Polis Akan Menyusul...






Salam...

Laporan Polis oleh NGO Selangor - Kenyataan ADUN Sri Muda menghina Sultan Selangor.


Tarikh: 4 Jan 2011 ( Selasa )
Masa : 11am
Tempat: 1. IPD Banting Kuala Langat
2. IPD Klang.

Jemput pada semua untuk hadir bagi menyatakan sokongan.

* Tahniah DiUcapkan Pada Ungku Md Salleh B. Ungku Abdul Jamal Diatas Perlantikan Sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor.

* Semoga Beliau Akan Dapat Menjalankan Tugas Dan Amanah Ini Dan Seterusnya Mengangkat Semula Martabat Pemuda UMNO Negeri.

Anuar Basiran
03.01.2011

Terkini...Laporan Polis Terhadap YB Suhaimi Hj Shafiei Adun Sri Muda Selangor



Salam seDunia...

Laporan Polis telah dilakukan Oleh Gabungan Anti Penyelewengan Selangor ( GAPS ) dan Perkasa Negeri Selangor di Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam.

Laporan Tersebut Juga Telah Mendesak Agar Yb Suhaimi Dikenakan Tindakan Undang-Undang Dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 121, 121 (B) Kerana Perbuatan Memerangi Raja-Raja Melayu.

Tindakan ini adalah rentetan tulisan Yb Suhaimi Dalam Blognya http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember 2010.


Anuar Basiran
03.01.11