Followers

Tuesday, February 1, 2011

Lagi Kisah Adik Hairuman Bin Miskon.....

Assalamualaikum....

Saya hanya memanjangkan sahaja apa yang telah diusahakan oleh sahabat-sahabat kita.

J/Kuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia menerusi SEKRETARIAT ADUAN BELIA-MBM telah mengaturkan temubual mengenai perkembangan dan perancangan masa depan mangsa renjatan kabel elektrik voltan tinggi, Muhammad Hairuman Miskon.

Untuk itu, rancangan TALIAN HAYAT-NTV7 yang dikendalikan oleh pengacara terkenal Wan Kamaruddin Wan Ibrahim diberi peluang menemubual mereka di bawah:

1.YB Dato Ahmad Shabery bin Cheek – Menteri Belia dan Sukan Malaysia

2.YBhg Saudara Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)

3.Puan Maryuni Miskon – kakak Muhamad Hairuman

4.Dr. Normala Haji Basiron – Pakar Perunding Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, HKL

5.Dr. Mohammad Ali Mat Zain – Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, HKL

6.Dr. Jagjeet Singh – Pegawai Perubatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, HKL

7.Dr. Asyikin – Pakar Bedah Otopedik, HKL

8.En. Zulhan Ambi – Pegawai Kerja Sosial, HKL

9.Puan Noormah Sani – Pegawai Kerjasa Sosial, HKL

Temubual telah di adakan pada Selasa, 1 Februari 2011 dari jam 2 hingga 5 petang bertempat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sekretariat Aduan Belia-MBM telah mendapat kerjasama yang cukup baik dari Public Relations Unit, Director Office HKL untuk tujuan berkaitan.

Rancangan TALIAN HAYAT-NTV7 akan disiarkan pada Jumaat, 11 Februari 2011 jam 7.30 malam.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan sumbangan berbentuk kewangan, anda boleh menyalurkan ke akaun kakak mangsa seperti butiran dibawah:

(1) MUHAMAD HAIRUMAN MISKON
CIMB: 12570005386520

(2) MARYUNI BINTI MISKON
Maybank: 162030632448
CIMB: 12570000203529

Yang menjalankan tugas,
Mohammad Rizan bin Hassan
Setiausaha
Jawatankuasa Khidmat Masyarakat & Rakan Muda (JKMRM)
Majlis Belia Malaysia (MBM)
Tel:
+60122853630 /
+60137733676FB:
www.facebook.com/mdrizanhassanFB 1B1K:
http://www.facebook.com/pages/1Belia-1Kemahiran/140946845950665?ref=tsFB JKMRM:
http://www.facebook.com/group.php?gid=278321043532FB Aduan Belia:
http://www.facebook.com/group.php?gid=302324266537FB HBN:
http://www.facebook.com/haribelianegara2011

Mudah-mudahan sumbangan semua rakan-rakan akan dapat memberi harapan baru buat Adik Muhamad Hairuman Bin Miskon dan Ahli Keluarganya. Sekiranya tidak dengan wang ringgit cukuplah saya mohon untuk semua para pembaca agar dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan adik Hairuman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. mmg tak tahan meleleh air mata melihat nasib mereka dalam program bersamamu. terima kasih kerana membantu mereka. saya harap mereka dibantu dari segi motivasi juga sebab memang traumatising dng tekanan hidup begini.

    ReplyDelete
  2. moga dia tabah dan tenang.. sama2 kita membantu

    ReplyDelete
  3. Saya kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga yang memandang sinis dan seolah-olah mengejek. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan. Kasihanlah adik saya, dia OKU fizikal seumur hidup, 3 kerat anggotanya hilang, yang ada tinggal 1 kaki. Itupun tidak boleh diguna lagi, kakinya lemah, banyak sarafnya yang putus, tiada deria rasa, tidak boleh berdiri, terlalu lemah. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melandanya. Saya menangis keseorangan bila mengenangkan masa depannya yang bakal dilaluinya, bagaimanalah kehidupan akan diteruskan sekiranya saya 'pergi' dulu, tambahan pula selain hairuman, ada seorang lagi kakak yang OKU pembelajaran, tak boleh berdikari kerana kelakuannya seperti anak-anak kecil. T.kasih

    ReplyDelete