Followers

Tuesday, December 14, 2010

Pemimpin....Dipimpin...Memimpin...Terpimpin...

Salam SeDunia...

Hari ini saya terpanggil untuk menulis tentang soal kepimpinan. Dimana sahaja sekarang sedang bercakap soal bilakah Tarikh Keramat Sebenar Pilihanraya Umum yang Ke 13.

Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas pada para Pemimpin yang benar-benar bekerja untuk memperkasa Parti dan seterusnya Memenangkan Parti.

Malangnya sehingga detik saya menulis ramai juga kalangan mereka yang masih lena dibuai mimpi indah dan hanya menanam cita-cita tanpa sebarang usaha untuk mendekatkan diri pada Rakyat yang bakal mengundi mereka nanti.

Agak terkilan juga cakap-cakap soal Pemilihan Parti juga masih kedengaran dikalangan Mereka yang GILA KUASA. Buat mereka semua ini saya doakan agar cepat-cepat sedar akan perlakuan mereka. Baru sahaja YAB Presiden Parti Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Parti akan ditangguhkan selama 18 bulan.

Pada pandangan saya, inilah masa yang amat baik untuk para pemimpin terus bekerja kuat untuk memperkasa dan memenangkan Parti pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Dalam Surah As-Saff ayat 2 dan 3 Allah SWT telah berfirman yang maksudnya :
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?".
"Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".

Semoga dengan sedikit renungan diatas kita semua akan menginsafi perbuatan kita selama ini.


Anuar B. Basiran
14.12.2010

5 comments:

  1. semoga mereka yg GILA KUASA ini akan sedar dan kembali bekerja

    ReplyDelete
  2. macam cerita 3 abdol lah....hahahahaaaaa

    ReplyDelete
  3. Tulis juga mgenai syarat2 menjadi PEMIMPIN.
    Sentuh juga mgenai 4 sifat utama yg wajib dibawa oleh pemimpin ... SODIQ FATONAH TABLIGH AMANAH.

    ReplyDelete
  4. Insyaallah sama-sama kita nantikan perubahan yang bakal dilakukan oleh semua....

    ReplyDelete