Followers

Monday, December 20, 2010

PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT....


YB bersama-sama perserta konvoi




 Antara perserta konvoi yang kami sempat rakamkan


Yb dan perserta bermotor berkuasa tinggi



Antara aktiviti yang di jalan kan (futsal)



Yb, penulis dan angota PDRM yg terlibat



Salam SeDunia...

Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat dalam penyertaan konvoi bermotorsikal Pemuda Dan Puteri UMNO Dun Tanjung Sepat yang telah berlangsung pada 18hb dan 19hb Disember yang lalu.

Terima kasih juga pada Pihak PDRM dan Marshall dari Jugra Bikers.

Tidak lupa pada para wartawan yang telah hadir bersama bagi memeriahkan program.

Bersyukur kehadrat Allah SWT yang telah menganugerahkan kami seorang Pemimpin yang hebat tidak lain dan tidak bukan YB DATO' DR HJ KARIM B. MANSOR ( Adun Tg sepat N:54 )

Beliau telah bersama sedari awal program dengan turut serta bermotorsikal bersama pengundi muda di Dun Tg. Sepat.

Mungkin inilah aktiviti yang dirindui oleh golongan muda hari ini.

Sepanjang Program berjalan yang dipenuhi dengan aktiviti yang menarik saya melihat dan memerhati bagaimana seorang Pemimpin yang berusia 50 Tahun ini mendekati golongan muda.

Kepada YB Dato' Dr. Hj Karim B. Mansor, Anda seorang Pemimpin yang Hebat. Kami semua akan mendoakan agar YB diberi kesihatan, kekuatan dan ketabahan dalam usaha untuk memenangkan UMNO BN dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Keikhlasan jelas terpancar dari raut wajah Pemimpin berjiwa rakyat ini bagi menyahut seruan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.

Slogan " Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan" memang telah terbukti dizahirkan oleh Pemimpin Kami YB Dato' Dr. Hj. Karim B. Mansor.

Alhamdulillah, pada 24hb-26hb Disember ini pula, misi untuk mencari barisan pelapis pemimpin akan diteruskan dengan Kursus Pengucapan Awam yang akan dijalankan di Kem An-Nur Jenderam Hulu, Sepang Selangor.

Insyaallah, dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini, saya lihat Pemuda Dan Puteri UMNO Dun Tanjung Sepat telah bersedia untuk terus MARA Ke HADAPAN dan Bersedia Untuk BERJUANG HABIS-HABISAN Demi Kemenangan UMNO BN.



Anuar B. Basiran
20.12.2010

6 comments:

  1. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi.. Program ni brjln dgn lancar... Pastikn lepas ni semua rakyat2 dun tg sepat akan ternanti2 program seterusnya.... HEBAT!!!!

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH BUAT PARA PESERTA DAN PENGANJUR PROGRAM!!!!!! ANDA SEMUA ADALAH HEBAT!!! KALAU LAH DUN-DUN LAIN BOLEH BUAT PROGRAM YG SEBEGINI RUPA KAN KE BAGUSS.....-anak sepang

    ReplyDelete
  3. Dun Dengkil bila nak buat pulak???? kami dahagakan PROGRAM wahai pemimpin!!!!!!-pengundi muda DENGKIL

    ReplyDelete
  4. mungkin nampak hebat, tp pada sy program ini tidak mencapai objektifnya.. tiada pengisian yg baik utk anak2 muda... -sebuah pandangan dan kekecewaan dr sy-

    alif farhan sha hamid, kundang.

    ReplyDelete
  5. A brilliant event that will surely bring together the people with their leaders! Looking at the crowd, i shall say "the more the merrier" is indeed the most suitable term to describe it.

    ReplyDelete
  6. shahrul mohd sharifDecember 21, 2010 at 2:48 PM

    Tahniah..teruskan program untuk mendekati hati rakyat.syabas

    ReplyDelete