Followers

Thursday, January 6, 2011

Tunaikan Janji Pilihanraya Sebelum Ajak Rakyat Tentang Perlantikan SUK Selangor



Pertubuhan 4 Justice melihat isu perlantikan SUK Selangor ini sebagai satu cara bagi Kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor membuktikan pada rakyat bahawa walaupun mereka tahu mereka tiada hak dalam perkara ini namun mereka tetap mahu mengheret sama rakyat untuk bersama menentang keputusan yang telah diistiharkan oleh Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Setiausaha Negara.
Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran berpendapat bahawa kerajaan negeri dengan sengaja secara terus-menerus mempengaruhi dan meracuni pemikiran rakyat dengan hasutan-hasutan yang bersifat dangkal.
“Ini semua untuk membuktikan bahawa mereka cuba memberikan keadilan pada pakatan rakyat yang kononnya telah dinafikan hak mereka.
Tetapi mereka juga lupa, mereka jugalah pakatan yang gagal menunaikan janji-janji manis mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka, bukan sahaja di Selangor malah negeri-negeri yang sudah di bawah pentadbiran mereka semenjak pilihan raya umu ke 12 yang lalu,” ujarnya mengulas kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Tambahnya, selepas 30 bulan memerintah beberapa buah negeri khususnya Selangor, banyak janji-janji mereka bukan sahaja gagal dilaksanakan, malah mereka juga boleh menjanjikan janji-janji manis yang baru demi mendapatkan semula sokongan rakyat yang semakin pudar kepada pakatan songsang ini.
“Sebagai contoh di Selangor, masalah tentang pemberian air pada mereka yang menggunakan meter pukal masih gagal dilakukan. Mereka gagal untuk memberi bantuan 20m3 air percuma kepada pengguna meter pukal.
Sehubungan dengan itu, Pertubuhan 4 Justice ingin mengajak rakyat Selangor, kini tiba masanya ‘Rakyat Bangkit’ kembali untuk menolak kerajaan dengan janji-janji palsu mereka, sekaligus membuktikan bahawa Rakyat Selangor sudah bosan dengan karenah pemimpin-pemimpin kerajaan hipokrit ini serta menyingkirkan mereka pada PRU13 kelak demi sebuah kerajaan yang benar-benar prihatin dan memahami aspirasi rakyat yang sebenar,” ujarnya lagi.

TERIMA KASIH KEPADA:

3 comments:

  1. Hebat bang nuar.. teruskan bro.. ganyang pakatan haram!

    ReplyDelete
  2. Sdr Anuar Pengampu,sila baca...

    Nampak sangat sdr ni pengampu UMPORNO

    ReplyDelete
  3. SDR ANUAR
    lebih baik kalah atas sebab prinsip daripada menang atas sebab pembohongan..Yang sebenarnya LEBIH BAIK KALAH SEBAB PEMBOHONGAN, MENYULAP DUIT RAKYAT, MENGHANCURKAN DEMOKRASI...ITULAH UMNO..TAKKAN KAU TAK SETUJU DENGAN MOTTO TU..TAUBATLA ANUAR....

    ReplyDelete