Followers

Wednesday, January 26, 2011

Hairuman Miskon Semakin Pulih....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang lagi buat kita menikmati kehidupan ini.

Tengahari ini saya berkesempatan untuk menziarahi Saudara Hairuman Miskon, mangsa renjatan elektrik dengan voltan tinggi. Pelbagai perasaan telah timbul dihati saya apabila dengan sendiri menyaksikan bagaimana ketabahan bukan sahaja Saudara Hairuman, malahan seluruh ahli keluarga terutama kakak beliau Maryuni Miskon serta rakan-rakan Hairuman.

Hari ini genap 2 bulan beliau terlantar di hospital. Dan keadaannya semakin pulih. Mungkin dalam masa terdekat beliau akan kehilangan kaki kirinya selepas kehilangan kedua tangannya.

Sempat juga memberi sedikit kata-kata semangat buat ahli keluarga dan rakan-rakan Hairuman.

Pelbagai lapisan golongan masyarakat difahamkan turut bersimpati dengan nasib yang telah menimpa beliau. Menunjukkan betapa masyarakat Malaysia telah dididik dengan perasaan kasih mengasihi antara sesama kita semua.

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan pada saudara Hairuman bolehlah berbuat demikian melalui maklumat berikut:
Nama : Mohamad Hairuman MiskonNo. Akaun:Muhamad Hairuman: 12570005386520 (CIMB.)
Maryuni (kakak): 12570000203529 (CIMB.)

Mudah-mudahan Allah gantikan setiap sumbangan rakan pembaca semua dengan nikmat yang lain. Kalau pun tidak dalam bentuk wang ringgit, marilah sama-sama kita doakan agar Saudara Hairuman akan dapat segera pulih dan menjalani kehidupannya semula. Amin....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. no akaun telah dinyatakan,insyallah bantuan setakat yang mampu,semoga nasib yang menimpa sdr menjadikan diri tabah untuk kehidupan akan datang.

    ReplyDelete
  2. Saya kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda T.kasih

    ReplyDelete