Followers

Wednesday, January 26, 2011

Hairuman Miskon Semakin Pulih....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang lagi buat kita menikmati kehidupan ini.

Tengahari ini saya berkesempatan untuk menziarahi Saudara Hairuman Miskon, mangsa renjatan elektrik dengan voltan tinggi. Pelbagai perasaan telah timbul dihati saya apabila dengan sendiri menyaksikan bagaimana ketabahan bukan sahaja Saudara Hairuman, malahan seluruh ahli keluarga terutama kakak beliau Maryuni Miskon serta rakan-rakan Hairuman.

Hari ini genap 2 bulan beliau terlantar di hospital. Dan keadaannya semakin pulih. Mungkin dalam masa terdekat beliau akan kehilangan kaki kirinya selepas kehilangan kedua tangannya.

Sempat juga memberi sedikit kata-kata semangat buat ahli keluarga dan rakan-rakan Hairuman.

Pelbagai lapisan golongan masyarakat difahamkan turut bersimpati dengan nasib yang telah menimpa beliau. Menunjukkan betapa masyarakat Malaysia telah dididik dengan perasaan kasih mengasihi antara sesama kita semua.

Kepada yang ingin menghulurkan bantuan pada saudara Hairuman bolehlah berbuat demikian melalui maklumat berikut:
Nama : Mohamad Hairuman MiskonNo. Akaun:Muhamad Hairuman: 12570005386520 (CIMB.)
Maryuni (kakak): 12570000203529 (CIMB.)

Mudah-mudahan Allah gantikan setiap sumbangan rakan pembaca semua dengan nikmat yang lain. Kalau pun tidak dalam bentuk wang ringgit, marilah sama-sama kita doakan agar Saudara Hairuman akan dapat segera pulih dan menjalani kehidupannya semula. Amin....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, January 24, 2011

GEMPAK!!! HEBAT!!!

Assalamualaikum...

Seramai kira-kira 3000 rakyat Negeri Selangor hari ini telah berhimpun bagi menghantar Memorendum Rakyat Bantahan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Demonstrasi yang diketuai oleh Sdr. Hamidzun Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) telah dijayakan dengan aman dan penuh berdisiplin mengikut arahan pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia.

Antara yang menarik sepanjang demonstrasi berlangsung.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.