Followers

Friday, January 14, 2011

Skandal Anwar-Shamsidar : NGO Cabar Jika Fitnah Saman Ummi

Berpegang kepada prinsip berani kerana benar  Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tampil untuk menegakkan kebenaran. Yang pasti, pengakuan dan pendedahan Ummi Hafilda semalam di Subang Jaya, pastinya membuatkan Azmin Ali selain Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak senang duduk.
Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Annuar Basiran berkata  pendedahan dan keyakinan Ummi tentang kebenaran dan kesahihan hubungan intim Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin sesungguhnya sesuatu yang cukup serius.
“Kita agak terkejut kerana kali ini Ummi tampil membuat pendedahan yang cukup memberikan tamparan selain akan membuat tindakan menyaman semua individu yang terlibat dalam kes 1997 yang lalu. Dengan menyebut beberapa nama seperti Karpal Singh dan Mat Sabu, saya beranggapan kebenaran pasti akan bersama Ummi Hafilda kali ini.
“Bukan niat untuk menyebelahi mana-mana pihak, tetapi sekiranya Ummi Hafilda bersalah, saya kira inilah masa untuk pakar-pakar  saman ini untuk membuat tindakan dengan melakukan saman terhadap Ummi Hafilda,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas pendedahan skandal seks Anwar-Shamsidar semalam.
Tambahnya, bukan setakat saman berjumlah RM700juta, malahan Ummi juga bersedia dan mencabar Anwar serta abangnya, Azmin untuk berdebat secara terbuka mengenai isu tersebut
Sehingga kini, jalan cerita ini hampir sama dengan kes tahun 1997. Cuma kelainannya apabila Ummi mendedahkan bagaimana Karpal Singh orang yang menerima ceritanya dulu, kini telah memihak kepada Anwar Ibrahim.
Begitu juga dengan Mat Sabu, orang yang bertanggungjawab mengelar Anwar Al-Juburi adalah orang yang bertanggungjawab dihantar oleh Pas untuk mengetahui aktiviti sonsang Anwar ini satu ketika dulu, kini beliaulah orang yang beria-ia mempertahankan Anwar Ibrahim.
“Kita amat berharap dengan pendedahan berani dan penuh bertanggungjawab ini, kebenaran akan dapat ditegakkan dan mana-mana individu yang boleh disabitkan untuk didakwa akan diadili di mahkamah.
“Kita juga mendesak agar peguam, Karpal Singh digugurkan sebagai peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya bersama Saiful Bukhari. Karpal juga hendaknya dijadikan saksi bagi pendakwaan tersebut kerana beliau sendiri telah mengakui bahawa beliau ada bercakap dalam Parlimen, mendakwa Anwar Ibrahim sebagai peliwat pada tahun 1997,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau amat berharap agar pendedahan ini juga, rakyat akan dapat menilai sejauhmana ketelusan, keikhlasan dan kejujuran serta akhlak pemimpin pakatan pembangkang  seterusnya menolak kumpulan perosak rakyat ini dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
”Kumpulan perosak rakyat ini diibaratkan ‘kata dulang, paku serpih mengata orang pakatan rakyat inilah yang lebih’. Jika dulu Anwar kata ‘Lawan Tetap Lawan’, saya kira laungan itu akan tinggal kenangan kerana perjuangan Anwar atau slogan mereka kini ‘Tanguh Tetap Tangguh.

BERITA ENSAN DARI:
http://umno-online.com/

Pendedahan Ummi: Jika Fitnah, Anwar & Azmin Perlu Saman Ummi


Kuala Lumpur, 14 Jan - Selepas 13 tahun menyepi, akhirnya Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tampil untuk menegakkan kebenaran. Yang pasti, pengakuan dan pendedahan Ummi Hafilda semalam di Subang Jaya, pastinya memberikan tamparan hebat kepada Azmin Ali selain Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Annuar Basiran berkata, beliau amat terkejut dengan pendedahan Umi tentang kebenaran dan kesahihan hubungan intim Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.
“Saya agak terkejut kerana kali ini Umi tampil membuat pendedahan yang cukup memberikan tamparan selain akan membuat tindakan menyaman semua individu yang terlibat dalam kes 1997 yang lalu. Dengan menyebut beberapa nama seperti Karpal Singh dan Mat Sabu, saya beranggapan kebenaran pasti akan bersama Ummi Hafilda kali ini.
Bukan niat saya untuk menyebelahi mana-mana pihak, tetapi sekiranya Ummi Hafilda bersalah, saya kira inilah masa untuk pakar-pakar saman ini untuk membuat tindakan dengan melakukan saman terhadap Ummi Hafilda,” ujarnya mengulas pendedahan skandal seks Anwar-Shamsidar semalam.
Tambahnya, bukan setakat saman berjumlah RM700juta, malahan Ummi juga bersedia dan mencabar Anwar serta abangnya, Azmin untuk berdebat secara terbuka mengenai isu tersebut. Isu hubungan intim Anwar dan Shamsidar, satu isu yang cukup memberikan impak besar kepada senario politik negara, oleh itu Anwar dan Azmin wajar menyahut cabaran Ummi bagi memperjuangankan kebenaran yang sebenar.
Sehingga kini, jalan cerita ini hampir sama dengan kes tahun 1997. Cuma kelainannya apabila Ummi mendedahkan bagaimana Karpal Singh orang yang menerima ceritanya dulu, kini telah memihak kepada Anwar Ibrahim.
Begitu juga dengan Mat Sabu, orang yang bertanggungjawab mengelar Anwar Al-Juburi adalah orang yang bertanggungjawab dihantar oleh Pas untuk mengetahui aktiviti sonsang Anwar ini satu ketika dulu, kini beliaulah orang yang beria-ia mempertahankan Anwar Ibrahim.
”Saya amat berharap dengan pendedahan berani dan penuh bertanggungjawab ini, kebenaran akan dapat ditegakkan dan mana-mana individu yang boleh disabitkan untuk didakwa akan diadili di mahkamah.
Saya juga mendesak agar peguam, Karpal Singh digugurkan sebagai peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya bersama Saiful Bukhari. Karpal juga hendaknya dijadikan saksi bagi pendakwaan tersebut kerana beliau sendiri telah mengakui bahawa beliau ada bercakap dalam Parlimen, mendakwa Anwar Ibrahim sebagai peliwat pada tahun 1997,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, beliau amat berharap agar pendedahan ini juga, rakyat akan dapat menilai sejauhmana ketelusan, keikhlasan dan kejujuran serta akhlak pemimpin pakatan pembangkang yang kononnya satu pakatan rakyat, seterusnya menolak kumpulan perosak rakyat ini dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
”Kumpulan perosak rakyat ini diibaratkan ’paku dulang, paku serpih mengata orang pakatan rakyat inilah yang lebih’. Jika dulu Anwar kata ’Lawan Tetap Lawan’, saya kira laungan itu akan tinggal kenangan kerana perjuangan Anwar atau slogan mereka kini ’Tanguh Tetap Tangguh’ didahulukan,” ujarnya lagi.

TERIMA KASIH:
http://www.sahabat-gunung.com/

Tuesday, January 11, 2011

Kerajaan Selangor Tak Mampu Lagi Tanggung Subsidi Air Di Selangor

Nampaknya kerajaan negeri Selangor masih tidak habis-habis mahu menimbulkan isu air di Selangor, sehingga mengheret sama rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam isu tersebut, ujar Pengerusi Pertubuhan 4 Justice, Anuar Basiran.
Tambahnya, kerajaan negeri kini mula mengguna dan menggerakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk `Kempen Tandatangan Selamatkan Air Selangor’ di pasar-pasar malam atau pasar-pasar tani bagi mendapatkan sokongan berkenaan isu air di Selangor.
“Saya yakin dan percaya, dalam hal ini, Kerajaan Negeri sebenarnya tahu bahawa mereka sudah tidak mampu untuk menanggung subsidi pemberian air percuma di Selangor. Itu belum lagi tuntutan bagi pengguna meter pukal yang masih lagi tidak pernah menikmati pemberian air percuma pada mereka.
Oleh itu mereka sedaya upaya cuba untuk menjadikan kelemahan mereka sebagai satu kesalahan pada kerajaan Barisan Nasional pula,” ujarnya kepada UMNO-Online bagi mengulas isu tersebut.
“Saya yakin janji-janji mereka sebelum PRU12 akan hanya tinggal janji. Saya turut yakin jika kerajaan negeri gagal untuk membeli Syabas, maka pemberian air percuma sebanyak 20m3 sebulan pasti akan tamat tidak lama lagi.
Kita juga rasa kecewa dengan gerakaan mereka menggunakan PBT untuk kempen tandatangan di pasar malam dan di pasar tani sedangkan lebih banyak kerja-kerja berfaedah lain boleh dibuat oleh PBT ini daripada melaksanakan agenda politik kerajaan negeri yang nampak begitu terdesak sekarang,” tambahnya lagi.

TERIMA KASIH SHABAT GUNUNG 
http://www.sahabat-gunung.com/

Monday, January 10, 2011

e-Kasih...Benarkah Bermasalah...

Assalamualaikum...

Sesi persekolahan 2011 baru sahaja bermula. Nampaknya ada yang tidak kena dengan sistem e-Kasih yang berperanan untuk memilih murid miskin yang layak mendapat bantuan di bawah skim Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah ( RMTS ).

Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas diatas kesungguhan Saudara Jamawi Jaafar Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang telah membuat gesaan pada Kementerian Pelajaran Agar Sistem Data e-Kasih ini ditangguhkan perlaksanaannya sehingga sistem ini benar-benar dapat berfungsi dengan baik.

Pada saya cukup mudah. Apalah ertinya sistem e-Kasih ini digunapakai sekiranya sistem lama Iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM) lebih berkesan dan baik dari sudut perlaksanaannya.

Saya sendiri merasai dan melahirkan kebimbangan kerana pada sesi awal persekolahan ini telah kedengaran rungutan dari pihak PIBG dan Pentadbir serta Pembekal Makanan di Sekolah kerana masalah yang dihadapi apabila sistem e-Kasih ini digunakan.

Apa masalahnya?

Pada Persatuan Ibu-Bapa Guru masalah akan timbul bila bertambah bilangan ibu-bapa yang gagal melunaskan bayaran yuran persekolahan kerana menyangka bahawa mereka layak untuk mendapatkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM).

Pada Pentadbir pula masalah muncul apabila ibu-bapa pelajar yang layak untuk menerima bantuan ini datang bertanyakan kenapa mereka tidak layak? Sedangkan melalui sistem e-Kasih kita difahamkan permohonan perlu dilakukan oleh ibu-bapa sendiri melalui website yang telah disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Juga timbul masalah sebilangan ibu-bapa yang masih gagal menguasai penggunaan teknologi maklumat.

Pada Pembekal Makanan pula masalah timbul apabila bilangan makanan yang perlu disediakan bagi penerima Skim Program Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) adalah sedikit dan tidak berbaloi untuk disediakan.

Saya berharap, masalah ini dapat diselesaikan dengan seberapa kadar segera oleh Kementerian Pelajaran dan Mana-mana pihak yang bertanggungjawab. Ini selaras dengan slogan " Dahulukan Rakyat " di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia.

Anuar Basiran
10.01.2011

Sunday, January 9, 2011

KETERLALUAN....

Assalamualaikum....

Saya mulakan penulisan saya dengan kemaafan. Sedih, terkejut serta terkilan menyelubungi saya ketika mahu menulis.

Kenapa? Perlukah kita sehingga membakar poster gambar Yb Suhaimi Shafie Adun Sri Muda dalam langkah untuk kita menunjukkan rasa tidak puashati atas isu yang berlaku.

Rakan-rakan sekalian, diluar sana begitu ramai pengundi bukan sahaja yang muda malahan atas pagar yang sedang memerhati tingkahlaku kita.

Disaat mereka saya kira hampir bersama UMNO BN kita telah tunjukkan satu sikap yang bertentangan dengan akhlak dan adab yang telah dituntut dalam agama.

Nampaknya keghairahan kita untuk terus mengasak Pakatan Rakyat telah menjadikan kita melibatkan emosi dalam tindakan kita.

Barang diingat, seorang pemimpin bukanlah seorang yang hebat sekiranya masih gagal untuk menunjukkan sikap dan sifat yang baik pada pengikut dan masyarakat sekeliling.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Tindakan telah pun dilakukan apa lagi boleh dikatakan. Jadikanlah peristiwa ini sebagai satu pengajaran dan teladan pada kita semua. Bertindaklah dengan menggunakan akal fikiran yang telah Allah SWT berikan.

Sebelum Kewafatan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW beliau telah menyatakan " Aku tinggalkan pada umatku dua perkara, yang mana jika Umatku berpegang padanya maka tidak akan sesat selamanya, Pertama Al-quran dan Kedua Sunnah (Hadis)"

Untuk akhirnya saya amat berharap agar perbuatan, perlakuan serta tindakan seperti ini tidak akan berlaku lagi. Sekali lagi saya pohon kemaafan jika ini menyinggung mereka yang terlibat. Ia tidak lebih hanyalah pandangan yang ikhlas dan jujur dati hati saya.


Anuar B. Basiran
09.01.11