Followers

Friday, January 21, 2011

Lagi Bukti Barisan Nasional Kerajaan Kebajikan...

Assalamualaikum...

Terima kasih, terima kasih, terima kasih...

Itulah perkataan yang perlu kita lafazkan kepada Kerajaan Barisan Nasional melalui Kementerian Pelajaran.

Kita bukan rethorik dalam usaha untuk membantu rakyat. Tahun ini Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM 247 Juta bagi melaksanakan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada lebih 691,000 murid sekolah rendah di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Sebelum ini saya pernah menulis berkaitan perkara ini kerana terdapat permasalahan apabila sistem e-kasih dipraktikkan. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Dato' Dr. Mohd Puad Zarkashi, RMT yang bermula 16 Januari lalu membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM 194 Juta berbanding bajet asal hanya RM 53 Juta.

Pada peringkat awal hanya kira-kira 54,000 murid miskin sahaja yang akan layak mendapat bantuan tersebut. Data tersebut diperoleh daripada sistem e-kasih, namun atas rungutan dan permintaan Kementerian telah bersetuju untuk kembali menggunakan senarai berdasarkan Sistem Maklumat Murid (SSM) yang dibekalkan pihak sekolah bagi memastikan murid yang kurang berkemampuan layak menerima bantuan.

Kesediaan Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran untuk menambahkan peruntukan RMT ini membuktikan kerajaan amat perihatin dan bertanggungjawab bagi memastikan mereka yang layak terus mendapat bantuan.

Ini bukti Kerajaan Barisan Nasional bukan hanya bercakap kosong, tetapi kitalah kerajaan kebajikan sejak dari dulu lagi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Adun Merlimau Kembali Ke Rahmatullah.

Assalamualaikum...

Al-Fatihah...

Saya merakamkan ucapan Takziah pada keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan ( Adun Merlimau )

Saya juga mendoakan agar beliau ditempatkan dikalangan umat yang dijanjikan Syurga Allah.

Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Dilahirkan pada 27 Jun 1956, Allahyarham pernah bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai pembantu luar dan jawatan terakhirnya sebagai pegawai seranta di Yayasan Melaka sebelum bertanding pada pilihan raya umum 2004.

Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang dan akan disembahyang selepas solat Jumaat di Masjid Simpang Kerayong sebelum dikebumi di Kampung Chin Chin.

Sekali lagi Takziah pada keluarga Allahyarham. Jasamu Dikenang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.